Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Followers

Saturday 20 October 2012

Khabarkanlah Cintamu Kepada Allah

"jika kita mencintai seseorang biarlah kita mendiamkan diri kerana apabila kita diam itulah yang menjadi tanda cinta kita pada nya. Dan khabarkanlah perkara ini kepada Allah, kerana dia mengetahui segalanya daripada kita"
Memang benar apa yang apa yg terdapat dalam ayat di atas, dan saya tidak nafikan dan bukannya untuk dibanggakan tetapi sebagai perkongsian bersama kerana perkara inilah yang saya pegang hingga hari ini. Tapi bagi sesetangah orang perkara ini payah kerana ada segelintir orang sahaja yang sanggup menaggung rasa di hati dan menyatakan nya kepada Sang Pencipta.
Di sini saya ingin berkongsi apa yang saya baca mengenai "Cinta Mengikut Islam" ini;

1 ) Pendam dan luahkan pada Allah

Pertama sekali, jika kita mencintai seseorang haruslah kita pendamkan dahulu dan menyatakan hasrat kita kepada Allah. Kita tidak perlu terburu buru takut perempuan/lelaki itu mencintai orang lain kerana jodoh ini adalah semua aturan Allah. Allah lebih mengetahui apa yang kita tidak ketahui.
Justeru, menyatakan perasaan kita kepada Allah terlebih dahulu, itulah cara yang paling terbaik kerana insyaAllah, Allah tidak akan memberi sesuatu kepada kita melainkan kita berhak mendapat nya dan dalam bab jodoh ini kita berusaha lah menjadi hamba Allah yang terbaik. Niatkan pertamanya apa yang kita lakukan ini bukanlah semata-mata untuk mendapatkan jodoh yang baik, tetapi adalah semata-mata kerana Allah.
Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Setiap kebaikan itu pastinya akan diganjari dengan kebaikan pula. Demikianlah juga dalam perihal jodoh sesudah kita mantapkan diri atas apa yang kita lakukan semata-mata kerana-Nya, sudah tentulah Allah akan berikan yang 'sekufu' iman dengan kita. Jika kita berusaha menjadi hamba yang soleh/solehah, maka Allah berikan kebaikan ke atas usaha itu.
Allah telah janji dan berfirman dalam kitabNya yang bermaksud;

"Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik begitu lah sebalik nya"
(Surah an-Nur ayat 26)

2) Nilai dan selidiki sebelum mencintai
 Cinta itu hadir tanpa kita sangka. Kadang-kadang ianya berputik tanpa kita sedari. Ada pula yang hadirnya walau hanya pertama kali bertentang mata (sekali pandang). Namun, sebelum kita membiarkan cinta itu tertanam di lubuk hati kita yang paling dalam, maka nilailah cinta kita itu semula.
Adakah cinta kita itu untuk dunia sahaja? Kerana kemewahannya kah? Untuk memuaskan nafsu diri kah? Atau semata-mata kerana untuk menyempurnakan agama? Andai cinta kita kepada seseorang itu hanyalah kerana nafsu dan dunia, maka rugilah kita kerana kita tidak akan dapat apa-apa melainkan kepuasan hanya di dunia. Tetapi jikalau kita mencintai seseorang kerana Allah dan berniat untuk memuliakannya dengan ingin menikahinya maka besarlah pahalanya sedang perkahwinan itu diibaratkan seperti membina sebuah rumah Allah.
Mungkin ada yang berkata;
" Tak kan la awak kahwin itu bukan sebab kecantikannya"
"Aik, awak nikah ni tanpa nafsukah?" 
Ya, benar!. Sebagai manusia kita dikurniakan nafsu, cintakan kecantikan. Hakikatnya semua manusia cintakan kecantikan, hatta Allah juga sangat mencintai kecantikan kerana Allah itu bersifat dengan kesempurnaan. Begitu juga dengan bernikah kerana nafsu. Namun, antara asbab itu, jadikanlah pernikahan kerana Allah itu berada di tingkatan yang paling atas. Nikah kerana Allah itu yang paling utama dan pertama

Sumber :iluvislam

0 comments:

Post a Comment